Friday, May 28, 2010

Hand Over Flag Ceremony





Pagi tadi telah diadakan majlis penyerahan bendera Malaysia kepada ketua kontijen Malaysia
ke Filipina. Dua orang murid SK Bukit Jelutong akan turut sama bersama kontijen tersebut.

Sunday, May 16, 2010

gambar-gambar Kenangan NAG 2010 Penang

Nur Faiqah Aminuddin
Muhammad Izzanuddin Irman Aminuddin
Muhammad Ilham Quyyum Muhammad Najib
Nur Faqihah Aminuddin
Muhammad Faqih Aminuddin
Anis Fariha Saleh
Fahim Al-Faqeh Saleh

Muhammad Ihsan Syahiran Muhammad Najib

Saturday, May 15, 2010

THE 11TH ASEAN + AGE-GROUP CHESS CHAMPIONSHIP 2010

Nur Faqihah Aminuddin
4 Meranti

Muhammad Faqih Aminuddin
1 ARA

Dua orang murid SKBJ akan menyertai "THE 11TH ASEAN + AGE-GROUP CHESS CHAMPIONSHIP 2010",
yang akan di adakan di Filipina. Semoga ia akan menjadi
pemangkin untuk murid-murid SKBJ terus cemerlang dalam sukan CATUR. SKBJ pasti hebat.




Thursday, April 22, 2010

4 Pemain Catur SKBJ Di Kejohanan Catur MSS Selangor

Muhd Ihsan Syahiran (kiri sekali), pemain catur lelaki SKBJ yang mewakili Daerah Petaling Perdana, berjaya mendapat tempat keempat acara berpasukan lelaki B12 bersama tiga orang rakan pasukan yang lain.


3 orang pemain catur perempuan SKBJ - Anis Fariha, Intan Nor Syahida dan Aina Farzana, yang mewakili pasukan perempuan B12 Daerah Petaling Perdana berjaya mendapat tempat kelima acara berpasukan.


Pasukan Catur B12 MSSD Petaling Perdana

Monday, April 19, 2010

SKBJ Kekal Cemerlang Dalam Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana

Pasukan Catur Lelaki B12 2010 SKBJ


Pasukan Catur Perempuan B12 2010 SKBJ

SKBJ telah menghantar 3 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan ke kejohanan catur MSS Daerah Petaling Perdana yang diadakan di SK Seksyen 9 pada 7 dan 8 April lalu.

Pasukan Lelaki A
  1. Muhd Ihsan Syahiran
  2. Afiq Muhd Jamil
  3. Arif Muhd Jamil
  4. Muhd Faqih Aminuddin
Pasukan Lelaki B
  1. Zahiruddin Zaki
  2. Izanuddin Irman
  3. Muhd Ilham Qayyum
  4. Fahim Al-Faqeh Saleh

Pasukan Lelaki C
  1. Muhd Shafiq
  2. Aisy Mikhail
  3. Afif Dzul
  4. Zafran

Pasukan Perempuan A
  1. Anis Fariha Saleh
  2. Nur Faqihah Aminuddin
  3. Intan Nor Syahida
  4. Aina Farzana Che Azemin

Pasukan Perempuan B
  1. Anis Nabila
  2. Lyana Arissa
  3. Sabrina
  4. Dina Faqihah

Pasukan SKBJ telah berjaya menjuarai kesemua acara individu dan berpasukan. Pasukan Lelaki A telah menjadi Johan acara berpasukan Lelaki B12. Begitu juga pasukan Perempuan A telah berjaya menjadi Johan acara berpasukan Perempuan B12. Ihsan Syahiran telah dinobatkan sebagai Juara Individu Lelaki B12 sementara Anis Fariha Saleh berjaya mempertahankan kejuaraan bagi kategori Individu Perempuan B12 setelah berjaya memungut 8/8 mata. Dengan kejayaan ini, Ihsan dan Anis Fariha berjaya mewakili Daerah Petaling Perdana ke kejohanan catur MSS Selangor di Sabak Bernam. Intan Nor Syahida dan Aina Farzana juga berjaya menjadi wakil PP ke Sabak Bernam setelah berjaya berada di kalangan Top 4 sewaktu kejohanan catur MSSD Petaling Perdana.

SYABAS dan TAHNIAH kepada pasukan catur SKBJ 2010. SKBJ HEBAT CATUR!

Tuesday, March 23, 2010

Faqih Julang SKBJ di Kejohanan Catur NAG 2010


Seorang murid Tahun 1 SKBJ, Muhd Faqih Aminuddin, telah berjaya menjulang nama sekolah setelah berjaya mendapat tempat keempat di Kejohanan Catur National Age Group atau ringkasnya NAG yang diadakan baru-baru ini di Pulau Pinang.

Muhd Faqih yang menyertai kategori Bawah 8 Tahun Lelaki bersama dua orang lagi murid SKBJ, Fahim Al-Faqeh dan Muhd Ilham Qayyum Muhd Najib, telah berjaya memungut 5/8 mata dengan 5 kemenangan dan 3 kekalahan. Dengan kejayaan menempatkan diri di kalangan Top Four, Faqih berpeluang untuk mewakili negara dalam kejohanan atau pertandingan antarabangsa. Syabas dan tahniah kepada beliau. Semoga ini menjadi satu suntikan dan semangat kepada murid-murid SKBJ yang lain untuk berjaya dalam sebarang aktiviti sukan dan ko-kurikulum.


Sementara Ilham yang juga merupakan rakan sekelas Faqih berjaya mendapat 4 mata dan menduduki tangga ke 12 setelah seri di pusingan terakhir ketika bertemu dengan rakan SKBJ, Fahim Al-Faqeh. Fahim pula berjaya mendapat 3.5 mata dan menduduki tangga ke 13.

Dijangkakan Faqih, Ilham dan Fahim akan mewakili SKBJ ke pertandingan MSS Daerah Petaling Perdana awal April nanti. Mereka merupakan pemain pelapis SKBJ untuk meneruskan "SKBJ HEBAT CATUR". Semoga mereka bertiga mengharumkan nama SKBJ di peringkat negeri dan negara. Diharap juga murid-murid SKBJ yang lain tampil kehadapan untuk mengharumkan nama SKBJ yang dicintai.


Muhd Faqih Aminuddin menerima medal dan sijil dari Tuan Haji Yahaya Ahmad.


Thursday, January 28, 2010

Pemain Catur SKBJ Sertai Jeram Chess Open







Seramai 5 orang pelajar SKBJ telah menyertai pertandingan catur terbuka Jeram yang baru-baru ini diadakan di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram. Mereka adalah sebahagian daripada 73 peserta bagi kategori Bawah 12 tahun. Pertandingan tersebut adalah bertaraf national-rated.

Berikut adalah keputusan permainan mereka.

1) Anis Fariha Saleh

Telah berjaya mendapat 5.5 mata dari 7 mata penuh. Dengan mata tersebut Anis berjaya mendapat tempat kelima. Dari segi rating, Anis berjaya mendapat TPR (Tournament Performance Rating) 1321. National rating terkini Anis adalah 1301.

2) Nur Faqihah Aminuddin - 4/7 mata, tempat ke 22

3) Muhd Faqih Aminuddin - 3/7 mata, tempat ke 40

Faqih, murid kelas 1 ARA, telah berjaya memperolehi TPR (1149) yang lebih baik dari national rating (953) beliau.


4) Anis Nabila Ahmad Zuhdi - 3/7 mata, tempat ke 45

Penyertaan julung kali bagi Anis Nabila dalam pertandingan catur. Satu permulaan yang bagus. Diharap lebih banyak menyertai pertandingan2 catur. Perlu banyak berlatih dan buat chess puzzle.


5) Fahim Al-Faqeh Saleh - 2.5/7 mata, tempat ke 56


Hai Kawan-kawan, Mari Main Chess


"Eh, opening apa awak guna ni Fahim?". "Boleh awak ajar saya strategy dan tactic chess?".

Fahim, "kawan-kawan, korang tahukan main chess ni banyak benefitnya. Dengan bermain chess kita belajar untuk fokus, membantu minda menjadi lebih kreatif dan boleh mengajar problem solving skill."


"Eh, betul ke awak nak gerak piece tu? Nanti Fahim buat discovered check!"

"Eh, sedap pulak makan aiskrim sambil tengok orang main chess."



"Jaga-jaga, aku nak checkmate ko ni!"

"Kenapalah mereka main lari-lari tu, baik main chess, kan Fahim?"


Tuesday, January 5, 2010

SESI PERSEKOLAHAN 2010 BERMULA

Statistik Jumlah Murid Tahun 1 SKBJ bagi sesi 2010


Semalam, Isnin 4hb Januari telah bermula sesi persekolahan di SK Bukit Jelutong. Kawasan sekitar sekolah penuh sesak dengan kereta-kereta ibubapa yang menunggu pelajar sesi pagi dan menghantar pelajar sesi petang termasuk murid-murid Tahun 1 yang memulakan alam persekolahan mereka.

Seramai lebih 400 orang murid Tahun 1 akan memulakan sesi persekolahan di Tahun 2010 di SKBJ. Mereka ditempatkan di 10 buah kelas seperti di atas. Mereka inilah yang bakal akan menjadi pemimpin generasi mereka di masa akan datang.

Justeru itu, mereka akan dididik sebaik mungkin oleh semua para guru SKBJ yang berdedikasi. Diharap para ibubapa juga sama-sama membantu dengan memainkan peranan masing-masing membangunkan anak-anak kecil ini sebagai modal insan yang terbaik dan cemerlang.

Kelab Catur SKBJ mengalu-alukan kepada semua yang berminat dalam sukan catur. Puan Guru Besar, Hajjah Normah, telah mensasarkan SKBJ sebagai sebuah sekolah cemerlang catur memandangkan kemampuan dan kecemerlangan ia selama ini. Tahun 2009 membuktikan kenyataan ini dengan enam pelajar mereka adalah di antara lapan wakil peringkat Daerah Petaling Perdana ke Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor yang berlansung di Sepang. Pelajar SKBJ telah dinobatkan sebagai Johan atau Juara bagi setiap kategori Kejohanan Catur Sekolah Rendah - Individu Lelaki, Individu Perempuan, Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Perempuan. Seterusnya, di peringkat kebangsaan salah seorang pemain catur SKBJ telah berjaya menggondol pingat emas bagi kategori Berpasukan Bawah 12 Perempuan.


Klik di sini dan sini untuk info lanjut.



Para pelajar dan juga ibubapa tidak sabar-sabar ingin memulakan sesi persekolahan Tahun 2010.


Kelas 2 Nyatoh


SELAMAT BELAJAR KEPADA SEMUA PELAJAR SKBJ. SEMOGA TAHUN 2010 DIPENUHI DENGAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN.


Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU!



SELAMAT TAHUN BARU!

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!


SEMOGA SKBJ AKAN LEBIH SUKSES, TERUTAMANYA DALAM CATUR. SKBJ AKAN MENJADI SEBUAH SEKOLAH CATUR YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.