Monday, July 16, 2012

SKBJ, Pemenang Kategori Pasukan Sekolah Rendah Terbaik

Bagaimanakah keputusan di hari kedua bagi pasukan catur SKBJ? Sila rujuk di bawah.


Di hari kedua, SKBJ menang 1, seri 2 dan kalah 1 dan berjaya mengumpulkan tujuh mata. SKBJ berjaya menumpaskan pasukan catur Sek Men Kebangsaan Perimbun (A) di pusingan terakhir. Keputusan seri pula diperolehi ketika SKBJ menentang pasukan Kuantan Junior B dan SKBD Queenz. SKBJ tidak berjaya untuk menumpaskan pasukan The Young Minds, sebuah pasukan Bawah 12 Tahun sama seperti SKBJ. 

Di bawah ini pula adalah keputusan lengkap individu para pemain SKBJ.


SKBJ seri dengan SKBD Queenz di pusingan ketujuh

Setelah berjaya mengumpul 16 game points dan 8 match points, SKBJ telah dinobatkan sebagai pemenang kategori pasukan Terbaik Sekolah Rendah.


SKBJ - Terbaik Sekolah Rendah

TAHNIAH kepada keempat-empat pemain catur SKBJ - Faqih, Nur Faqihah, Fahim dan Raja Bazil, dengan kejayaan tersebut.

Saturday, July 14, 2012

SKBJ Di Kejohanan Catur Berpasukan KaSUGI - Hari Pertama


Pasukan catur SKBJ menyertai Kejohanan Catur Berpasukan KaSUGI yang diadakan hari ini dan esok di Hotel Cititel Express. 39 pasukan bersaing dalam kategori Junior yang akan bermain sebanyak 8 pusingan.

Hari ini pasukan catur SKBJ telah bermain sebanyak empat (4) pusingan. SKBJ berjaya menang sembilan (9) game point dari dua (2) kemenangan dan dua (2) kekalahan.  


Di pusingan pertama, SKBJ berjaya menewaskan pasukan Polgar 2 dengan 4 - 0 kemenangan. Tetapi dipusingan kedua, SKBJ pula yang dikalahkan oleh pasukan Undefined FC dengan 0 - 4 mata. 4 mata lagi berjaya diperolehi oleh SKBJ di pusingan ketiga setelah berjaya menewaskan pasukan Seri Serdang A di papan kesembilan. SKBJ hanya berjaya mencuri satu mata di pusingan keempat apabila bertemu pasukan Penang Junior B. Ini bermakna di hari pertama, pasukan catur SKBJ berjaya memungut 15 game point dan berada di tempat ke 14.

di pusingan ke 3 bertemu Seri Serdang A

di pusingan ke 4 bertemu Penang Juniors B

Esok di pusingan kelima, SKBJ akan bertemu pasukan Kuantan Junior B. Berjayakah SKBJ memungut sebarang mata? Mampukan SKBJ memenangi match point? Tunggggguuuuu ... 

 
GO SKBJ GO! SKBJ HEBAT!