Monday, April 19, 2010

SKBJ Kekal Cemerlang Dalam Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana

Pasukan Catur Lelaki B12 2010 SKBJ


Pasukan Catur Perempuan B12 2010 SKBJ

SKBJ telah menghantar 3 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan ke kejohanan catur MSS Daerah Petaling Perdana yang diadakan di SK Seksyen 9 pada 7 dan 8 April lalu.

Pasukan Lelaki A
  1. Muhd Ihsan Syahiran
  2. Afiq Muhd Jamil
  3. Arif Muhd Jamil
  4. Muhd Faqih Aminuddin
Pasukan Lelaki B
  1. Zahiruddin Zaki
  2. Izanuddin Irman
  3. Muhd Ilham Qayyum
  4. Fahim Al-Faqeh Saleh

Pasukan Lelaki C
  1. Muhd Shafiq
  2. Aisy Mikhail
  3. Afif Dzul
  4. Zafran

Pasukan Perempuan A
  1. Anis Fariha Saleh
  2. Nur Faqihah Aminuddin
  3. Intan Nor Syahida
  4. Aina Farzana Che Azemin

Pasukan Perempuan B
  1. Anis Nabila
  2. Lyana Arissa
  3. Sabrina
  4. Dina Faqihah

Pasukan SKBJ telah berjaya menjuarai kesemua acara individu dan berpasukan. Pasukan Lelaki A telah menjadi Johan acara berpasukan Lelaki B12. Begitu juga pasukan Perempuan A telah berjaya menjadi Johan acara berpasukan Perempuan B12. Ihsan Syahiran telah dinobatkan sebagai Juara Individu Lelaki B12 sementara Anis Fariha Saleh berjaya mempertahankan kejuaraan bagi kategori Individu Perempuan B12 setelah berjaya memungut 8/8 mata. Dengan kejayaan ini, Ihsan dan Anis Fariha berjaya mewakili Daerah Petaling Perdana ke kejohanan catur MSS Selangor di Sabak Bernam. Intan Nor Syahida dan Aina Farzana juga berjaya menjadi wakil PP ke Sabak Bernam setelah berjaya berada di kalangan Top 4 sewaktu kejohanan catur MSSD Petaling Perdana.

SYABAS dan TAHNIAH kepada pasukan catur SKBJ 2010. SKBJ HEBAT CATUR!

1 comment:

MELOR SYAZA said...

pls when is the next tournament of chess skbj?