Monday, July 18, 2011

SELANGOR JUARA LAGI

Selangor JUARA

Walaupun MSSM telah berlalu, tetapi gambar ini mempunyai kenangan tersendiri. Biarpun pada tahun ini tiada murid SKBJ berjaya mewakili Selangor, insyaAllah pada tahun depan mereka akan pergi. Bagaimanapun SKBJ tetap berbangga kerana terdapat 3 orang wakil Selangor adalah bekas murid SKBJ iaitu Nur Farihah Aminuddin ( kini belajar di Sekolah Seri Puteri ), Fikri Saleh ( kini belajar di SMKA Seksyen 18 ) dan Anis Fariha Saleh ( kini belajar di Sekolah Sains Kuala Selangor ).

ASEAN AGE GROUP CHESS CHAMPIONSHIP 2011

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini turut disertai 4 orang murid SKBJ. Asean Age Group Chess Championship 2011 telah berlansung di Tarakan, Indonesia , pada 12 Jun hingga 22 Jun. Pada hari terakhir berlansung pula pertandingan persahabatan antara pemain-pemain kota tarakan dengan pemain-pemain Malaysia. Pada tahun hadapan Asean Age Group Chess Championship akan berlangsung di Vietnam, di harap ramai lagi murid SKBJ dapat menyertai acara ini. Seterusnya mengharumkan nama SK Bukit Jelutong.




Kontijen Malaysia



Nur Faqihah Aminuddin mendapat pingat gangsa dalam acara Rapid Berpasukan U12 G



Afiq Mohd Jamil turut sama buat pertama kali di arena antarabangsa.


Muhammad Faqih Aminuddin berjaya mendapat pingat gangga berpasukan UO 8



Nur Faiqah Aminuddin - pengalaman yang baik untuk masa akan datang.



Team U8 Open



Team u 12 G