Pada hari ini telah berlansung Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana peringkat sekolah rendah di SK Seksyen 9, Shah Alam. Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu L12 dan P12. Seramai 162 murid lelaki bawah 12 tahun bertanding dalam kategori L12. Manakala bagi kategori P12 pula, seramai 97 peserta mengambil bahagian.
Sebanyak empat pusingan telah dijalankan pada hari ini. Kategori L12 akan bermain sebanyak 9 pusingan sementara kategori P12 pula akan bermain sebanyak 8 pusingan. Ini bermakna, esok sebanyak 5 pusingan lagi akan berlansung bagi kategori L12, manakala 4 pusingan lagi bagi kategori P12.
Kategori P12 |
Kategori P12 |
Bagi kategori P12, Nurul Hana Syuhada dari SKSS atau SK Seri Serdang telah diletakkan sebagai pilihan utama mengikut rating. Dalam pusingan keempat, beliau bermain buah hitam menentang lawannya Lyana Arissa Ahmad Zakir dari SKBJ. Sementara Nur Faqihah Aminuddin dan Anis Nabila Ahmad Zuhdi, kedua-duanya juga dari SKBJ, masing-masing bermain buah putih di meja kedua dan ketiga. Lawan Nur Faqihah adalah Wong Yunqi manakala lawan Anis Nabila pula ialah Najwa Ahmad Abd Rauf.
Kategori L12 |
Kategori L12 |
Kategori L12 |
Lima pemain catur L12 SKBJ berjaya mendapat 3/3 mata penuh sebelum memasuki pusingan terakhir (keempat) pada hari ini. Mereka adalah Raja Bazil, Ihsan Syahiran, Faqih Aminuddin, Afiq Jamil dan Fahim Al-Faqeh Saleh. Daryl Wong dari Sekolah Sri KL sedang mengetuai peserta-peserta kategori L12 di meja utama dengan melawan Wilson Wong Wei Shien. Pemain pilihan utama, Cheong Yi Yao dari SJK(C) Lick Hung, terpaksa melepaskan papan utamanya setelah permainannya hanya sekadar seri di pusingan ketiga.
Siapakah yang bakal menjadi juara L12 dan P12 dan seterusnya mengetui tiga pemain lain yang akan mewakili Daerah Petaling Perdana ke Kejohanan Catur MSS peringkat Negeri Selangor di Sungai Besar Mei nanti? Mampukah Nur Faqihah meneruskan kecemerlangan SKBJ dengan muncul sebagai johan kategori P12? Berjayakah Ihsan Syahiran kali ini bergelar sebagai juara kategori L12 yang terlepas dari cengkaman beliau pada tahun lepas?
Soalan-soalan ini bakal terjawab setelah pusingan terakhir selesai di hari kedua kejohanan.
No comments:
Post a Comment