Saturday, August 28, 2010

Majlis Penyerahan Bendera Malaysia





Satu majlis penyerahan bendera Malaysia kepada kontijen WYCC 2010, Greece, telah diadakan di Hotel Olympic, pada 27 Ogos 2010. Majlis tersebut dihadiri oleh World Chess Federation (FIDE) President Kirsan Ilyumzhinov, FIDE General Secretary Mr Ignatius Leong and Mr. Berik Balgabaev, Presiden MCF Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli Bin Ngah Talib, Tuan Hj. Ibrahim Abu Bakar , Pn. Haslindah Ruslan, pemain-pemain dan ibu bapa. Rakaman penyerahan bendera ini turut disiarkan dalam Buletin Utama ( segmen sukan ).

Salah seorang peserta yang akan mewakili Malaysia ke kejohanan tersebut ialah dari SKBJ. Muhammad Faqih bin Aminuddin akan menyertai pertandingan ini dibawah kategori
8 tahun ( lelaki ).

No comments: