Tuesday, August 3, 2010

Kejohanan Catur Tetutup SKBJ 2010


Kelab Catur SK Bukit Jelutong (SKBJ) telah mengadakan satu kejohanan catur tertutup pada Sabtu, 31 Julai 2010, lepas. Semua murid-murid SKBJ termasuk pra sekolah kecuali Tahun 6 telah dijemput untuk menyertai kejohanan tersebut yang juga merupakan satu kriteria dalam pemilihan wakil sekolah ke kejohanan catur peringkat daerah (MSSD). Kejohanan telah dipecahkan kepada dua kategori - Tahap 1 (Tahun 3 ke bawah) dan Tahap 2 (Tahun 4 & 5).

Seramai 82 peserta telah menyertai kejohanan yang menggunakan format 7 pusingan G/25 (25 minit kawalan masa) sistem SWISS. Pertandingan telah diadakan di kelas 6 ARA, di tingkat 1.


Final Ranking - Tahap 1

Menepati ramalan, pelajar Tahun 1 ARA, Mohd Faqih Aminuddin telah berjaya menjuarai kategori Tahap 1. Faqih yang mewakili negara di Kejohanan Catur AEAN+ Age Group di Subic, Phillipines beberapa bulan lalu ternyata berada di kelasnya tersendiri setelah berjaya menang kesemua 7 pusingan termasuk menewaskan Fahim Al-Faqeh, murid Tahun 2 NYATOH, di pusingan keempat. Dengan 6 kemenangan, 1 kekalahan, Fahim berjaya menjadi Naib Juara setelah berada 1/2 mata di hadapan pemenang ketiga, Mohd Ilham Qayyum yang mendapat 5.5/7 mata.


Gambar atas, Faqih (t-shirt hijau) melawan Cody Ng di pusingan akhir, sementara disebelahnya Fahim bertemu dengan pemain cilik, Nur Faiqah Aminuddin yang berjaya mendapat 5/7 mata dan ranking keempat.


Final Ranking - Tahap 2

Afiq Mohd Jamil, murid Tahun 4 JATI, berjaya menjuarai kategori Tahap 2 Kejohanan Catur Tertutup SKBJ walaupun berkongsi 6/7 mata bersama pemain pilihan, Mohd Ihsan Syahiran, dan pemain utama pasukan catur SKBJ perempuan, Nur Faqihah Aminuddin.


Mohd Ihsan (t-shirt hitam) melawan Afiq Mohd Jamil


Tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Kepada yang lain, DO NOT GIVE UP! Keep practising and learning, show that you are also a good chess player in next tournament. Diharap kesemua peserta akan terus berlatih dan belajar untuk menjadi seorang pemain catur yang baik dan kuat. Untuk menjadi seorang pemain catur yang berjaya seperti mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara, seseorang perlu rajin berlatih, sertai chess camps, dan kerap menyertai kejohanan-kejohanan catur.

Pada tahun 2010, empat orang pemain catur SKBJ telah berjaya mewakili daerah di kejohanan peringkat negeri di Sungai Besar, Sabak Bernam. [Klik di sini untuk cerita lanjut] Seorang darinya, telah berjaya mewakili Negeri Selangor di Kejohanan Catur MSSM dan berjaya mendapat pingat PERAK. Tahun 2009 di Sepang, enam orang pemain dari ke semua lapan pemain Bawah 12 Daerah Petaling Perdana adalah dari SKBJ. [Cerita lanjut, klik di sini dan sini] TERUSKAN KEHEBATAN SKBJ DALAM SUKAN CATUR.

SKBJ HEBAT!!

No comments: