Monday, July 6, 2009

Bengkel Catur di SKBJ








Kelmarin, Sabtu 4 Julai 2009 bersamaan dengan sambutan Independance Day di Amerika Syarikat, Kelab Catur SKBJ telah mengadakan bengkel catur. Bengkel tersebut telah disertai oleh 53 orang murid yang dipecahkan kepada tiga kumpulan. Seramai 15 orang murid-murid Tahap 2 (Tahun 4 dan 5), manakala selebihnya (38 orang) merupakan murid-murid Tahap 1 - dari kelas pra-sekolah hingga ke Tahun 3.

Para jurulatih yang dijemput ialah terdiri dari bekas Juara Polis Sedunia, Sarjan Ismail Ahmad, Encik Mat Zaki Yeop dan Encik Fazli. Memandangkan permainan catur mempunyai pelbagai kelebihan dan faedah kepada seorang pelajar, pihak kelab catur SKBJ telah mengadakan bengkel tersebut dalam usaha memupuk minat kepada catur. Tambahan pula bakat-bakat baru perlu diketengahkan dan dikenalpasti bagi meneruskan tradisi kecemerlangan SKBJ dalam sukan catur.

Diharap lebih ramai murid-murid SKBJ akan sertai bengkel seumpama ini di masa-masa akan datang.


No comments: