Monday, July 16, 2012

SKBJ, Pemenang Kategori Pasukan Sekolah Rendah Terbaik

Bagaimanakah keputusan di hari kedua bagi pasukan catur SKBJ? Sila rujuk di bawah.


Di hari kedua, SKBJ menang 1, seri 2 dan kalah 1 dan berjaya mengumpulkan tujuh mata. SKBJ berjaya menumpaskan pasukan catur Sek Men Kebangsaan Perimbun (A) di pusingan terakhir. Keputusan seri pula diperolehi ketika SKBJ menentang pasukan Kuantan Junior B dan SKBD Queenz. SKBJ tidak berjaya untuk menumpaskan pasukan The Young Minds, sebuah pasukan Bawah 12 Tahun sama seperti SKBJ. 

Di bawah ini pula adalah keputusan lengkap individu para pemain SKBJ.


SKBJ seri dengan SKBD Queenz di pusingan ketujuh

Setelah berjaya mengumpul 16 game points dan 8 match points, SKBJ telah dinobatkan sebagai pemenang kategori pasukan Terbaik Sekolah Rendah.


SKBJ - Terbaik Sekolah Rendah

TAHNIAH kepada keempat-empat pemain catur SKBJ - Faqih, Nur Faqihah, Fahim dan Raja Bazil, dengan kejayaan tersebut.

No comments: