Monday, December 20, 2010

Pemain Catur SKBJ Di NJCC 2010


Seramai lima orang pemain catur SKBJ telah menyertai Kejohanan Catur Remaja Kebangsaan kali ke 3 yang baru saja berakhir semalam. Kejohanan tersebut yang lebih dikenali sebagai National Junior Chess Championship (NJCC) berlansung selama lima hari di Hotel Olympic, Kuala Lumpur.

Mengetuai pemain catur lelaki adalah murid Tahun 6, Arif Mohd Jamil. Beliau disertai oleh adiknya, Afiq, dan Muhd Faqih Aminuddin pelajar Tahun 1 Ara. Faqih baru beberapa hari sahaja pulang dari menyertai Kejohanan Catur Penang Heritage di Pulau Pinang. Mereka bertiga bermain dalam kategori remaja Bawah 20 tahun lelaki.

Sementara dalam kategori remaja Bawah 20 tahun perempuan pula, SK Bukit Jelutong telah diwakili oleh murid tahun 6, Anis Fariha Saleh, dan Nur Faqihah. Berikut adalah keputusan terperinci kelima-lima wakil SKBJ di kejohanan catur tersebut.








Diharap lebih ramai pemain-pemain catur SKBJ yang menyertai kejohanan dan pertandingan catur di masa akan datang. Kecemerlangan SK Bukit Jelutong dalam sukan catur perlu dipertahankan dan dipertingkatkan.

SKBJ HEBAT!

No comments: