Tuesday, May 19, 2009

5 Cara Untuk Perbaiki Permainan Catur Anda


1) Main Catur Sebanyak Mungkin

Bukan setakat bermain dengan kawan-kawan atau ahli keluarga sahaja, tetapi juga perlu kerap sertai pertandingan catur. Dengan bermain lebih banyak chess game atau sertai banyak pertandingan catur akan memberi lebih banyak pengalaman dan memberi ruang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari melalui buku-buku, perisian atau jurulatih peribadi. Perlu diingat permainan yang lebih panjang adalah terlebih baik tetapi permainan "blitz" juga perlu untuk improve dalam bukamainan (opening). 

2) Pelajari Game Expert atau Masters 

Dengan mempelajari dan memahami permainan-permainan Experts seperti Paul Morphy, Capablanca, Kasparov, Karpov dan sebagainya boleh membantu perbaiki permainan catur anda. Justeru itu download kompilasi permainan-permainan mereka dan study thouroughly. 

3)  Review atau Semak Game Sendiri

Selain pelajari permainan-permainan chess experts, permainan-permainan sendiri perlu juga di kaji, semak dan review. Justeru itu, ketika menyertai pertandingan-pertandingan catur rekodlah game anda walaupun bermain permainan rapid. Key in permainan-permainan yang telah direkod tersebut ke dalam perisian chess yang boleh dimuat turun dari internet seperti Chess Base Light. Dengan sentiasa review game sendiri bersama pemain-pemain yang lebih kuat, anda boleh mempelajari di mana kesilapan dan boleh perbaiki di pertandingan berikutnya.

4) Taktik, Taktik, Taktik

Mempelajari taktik sangat penting dalam permainan catur. Taktik merupakan salah satu keperluan dalam permainan ini. Carilah buku-buku berkenaan taktik catur atau artikel-artikel di internet supaya anda boleh menjadi pemain catur yang lebih baik.

5) Private Chess Lessons

Memang tidak dapat dinafikan jika anda ingin menjadi seorang pemain catur yang berjaya, anda perlukan seorang guru atau jurulatih catur.  Belajar sendiri memang tidak memadai. Jadi carilah seorang chess coach yang boleh membantu anda perbaiki permainan.


No comments: