Saturday, February 7, 2009

Pemain Catur SKBJ di Pertandingan Catur Kelang



Pada hari ini satu pertandingan catur telah diadakan di Pusat Sumber Pendidikan Jais di Kampung Jawa, Kelang. Seramai 411 pemain catur menyertai pertandingan tersebut dalam 4 kategori - Terbuka, Bawah 18, Bawah 12 Terbuka, dan Bawah 12 Tahun PAID. Hampir 100 orang pemain catur yang berumur di bawah 12 tahun, ada yang dari Kedah dan Seremban, telah menyertai kategori Bawah 12 Tahun Terbuka.

Seramai 8 orang murid dan seorang pra-sekolah SKBJ telah menyertai kategori tersebut. mereka adalah Aminur Nirza, Muhd Irfan Rendrawan, Muhd Ihsan Syahiran, Ariff, Afiq, Nur Faqihah, Anis Fariha, Aina Farzana dan Muhd Faqih.

Sebanyak 7 pusingan telah dijalankan dengan masa kawalan selama 20 minit bagi setiap pemain.

Sayangnya tiada seorang pemain SKBJ yang berjaya menggondol hadiah. Namun begitu sebahagian dari mereka telah meningkat Tournament Performance Rating (TPR) di dalam pertandingan bertaraf national-rated tersebut.

Yang paling meningkat adalah Anis Fariha yang mendapat +3.54 (TPR - 1385, rat-905), diikuti oleh Aminur Nirza dengan mendapat +0.96 (TPR - 1452, rat-1263). Selain itu Nur Faqihah juga ada peningkatan iaitu sebanyak +0.50 (TPR - 1305, rat - 1111). Kepada yang berjaya memperbaiki rating, syabas dan teruskan usaha. Kepada yang lain diharap lebih gigih berlatih, belajar dan konsisten menyertai pertandingan-pertandingan catur. Insya Allah, pemain-pemain catur SKBJ akan lebih berjaya di pertandingan-pertandingan akan datang.






No comments: