Hari ini Fikri 'niki belon' atau menaiki kapal terbang Airasia ke Kuching, Sarawak. Tujuan beliau ke Kuching adalah untuk menyertai Pertandingan Catur Terbuka Sarawak yang akan berlansung dari 31 Oktober hingga 3 November 2008. Pertandingan bertaraf FIDE-rated tersebut ada 9 pusingan mengikut sistem Swiss dan masa kawalan selama 90 minit. Setakat ini 69 pemain catur mengesahkan untuk menyertai kejohanan ini di mana 23 daripadanya adalah pemain-pemain yang memiliki FIDE rating.
Semoga Fikri berjaya di kejohanan tersebut dan mendapat FIDE rating yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment