Showing posts with label sk bukit jelutong. Show all posts
Showing posts with label sk bukit jelutong. Show all posts

Monday, July 18, 2011

SELANGOR JUARA LAGI

Selangor JUARA

Walaupun MSSM telah berlalu, tetapi gambar ini mempunyai kenangan tersendiri. Biarpun pada tahun ini tiada murid SKBJ berjaya mewakili Selangor, insyaAllah pada tahun depan mereka akan pergi. Bagaimanapun SKBJ tetap berbangga kerana terdapat 3 orang wakil Selangor adalah bekas murid SKBJ iaitu Nur Farihah Aminuddin ( kini belajar di Sekolah Seri Puteri ), Fikri Saleh ( kini belajar di SMKA Seksyen 18 ) dan Anis Fariha Saleh ( kini belajar di Sekolah Sains Kuala Selangor ).

Friday, August 6, 2010

Pelbagai Gaya & Bukaan Permainan Pemain2 Catur SKBJ


Berikut adalah beberapa gaya permainan dan bukaan peserta Kejohanan Catur Tertutup SK Bukit Jelutong baru-baru ini.


King dan Queen sudah diaktifkan di awal-awal permainan.



Kombinasi Queen dan Bishop untuk checkmate awal, tetapi rasanya tersilap petak (square).



Membuat kubu di hadapan King



Konsep "put king into safety" dengan kaedah castling mungkin masih baru dan belum difahami. Murid-murid SKBJ perlukan pendedahan kepada basic concepts of playing chess and chess openings.


Konsep "exchange pieces" masih asing pada kebanyakan mereka. Diharapkan ibubapa mereka dapat mengajar basic chess concepts dan moves kepada mereka. Belikan buku-buku catur, hantar ke chess class atau camps, carikan chess trainers atau tutors dan bawa mereka ke pertandingan-pertandingan catur.

Kelihatan di wajah mereka minat yang mendalam terhadap chess. Keinginan mereka untuk menang atau mengalahkan rakan-rakan mereka di atas papan catur. Justeru itu, supportlah anak-anak tersebut sehingga berjaya menjadi seorang pemain catur yang handal dan berkaliber.

Thursday, January 28, 2010

Hai Kawan-kawan, Mari Main Chess


"Eh, opening apa awak guna ni Fahim?". "Boleh awak ajar saya strategy dan tactic chess?".

Fahim, "kawan-kawan, korang tahukan main chess ni banyak benefitnya. Dengan bermain chess kita belajar untuk fokus, membantu minda menjadi lebih kreatif dan boleh mengajar problem solving skill."


"Eh, betul ke awak nak gerak piece tu? Nanti Fahim buat discovered check!"

"Eh, sedap pulak makan aiskrim sambil tengok orang main chess."



"Jaga-jaga, aku nak checkmate ko ni!"

"Kenapalah mereka main lari-lari tu, baik main chess, kan Fahim?"


Tuesday, November 24, 2009

Pemain Catur SKBJ Mendapat Anugerah Tokoh Kecemerlangan Kokurikulum 2009

Dari kiri,

Anis Fariha Binti Saleh (5 Chengal)
Aminur Nirza Bin Azrin (6 Nyatoh)
Muhammad Irfan Rendrawan Bin Muhammad Najib (6 Nyatoh)
Nur Faqihah Binti Aminuddin (3 Nyatoh)
Muhammad Ihsan Syahiran Bin Muhammad Najib (4 Jelawat)
Affan Amrish Bin Mohd Jalani (6 Nyatoh)


Seramai 6 orang pemain catur SKBJ adalah penerima anugerah kecemerlangan kokurikulum SK Bukit Jelutong 2009 yang telah diadakan di Dewan Seroja SKBJ pada 21 November 2009. Mereka merupakan wakil Daerah PPD Petaling Perdana di Kejohanan Catur MSS peringkat Negeri Selangor di Sepang yang berlansung dalam bulan Februari lepas.

Pasukan catur lelaki SKBJ yand diketuai oleh Aminur Nirza Azrin telah berjaya menggondol juara dalam kedua-dua kategori individu dan berpasukan. Begitu juga dengan pasukan catur perempuan SKBJ yang diketuai oleh Anis Fariha Saleh. Anis seterusnya berjaya mengibarkan bendera SK Bukit Jelutong di kejohanan catur peringkat kebangsaam (MSSM) di Kelang setelah berjaya mendapat pingat emas kategori berpasukan Bawah 12 tahun.

Klik di sini untuk keputusan terperinci mereka.


Anis Fariha dan Nur Faqihah bakal bersaing di kejohanan catur MSSD Petaling Perdana tahun hadapan. Semoga anugerah tokoh kokurikulum ini bisa menyuntik semangat mereka untuk meneruskan tradisi kejayaan cemerlang ini.


Aminur Nirza Bin Azrin

- Tokoh Pelajar SK Bukit Jelutong 2009
- Ketua Pengawas
- Mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR
- Johan Individu dan Berpasukan Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana
- Ke-10 Individu dan ke-4 Berpasukan Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor


SYABAS dan TAHNIAH Aminur!


Wednesday, November 4, 2009

GO SKBJ GO!


Berikut adalah artikel berkenaan Muhd Irfan Haqqim Azhar MS, pelajar tahun 6 SK Jenjarom, dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Semoga ia sebagai satu motivasi kepada pemain-pemain catur SKBJ untuk menyinar dalam sukan catur di persada negara dan dunia. Murid-murid SKBJ sudah mula menempa nama dalam sukan catur terutamanya di peringkat daerah Petaling Perdana. Di Kejohanan Catur MSS Daerah Petaling Perdana tahun ini, pasukan catur SKBJ berjaya menjadi johan dalam setiap kategori iaitu individu dan berpasukan bagi kedua-dua Lelaki dan Perempuan.

Yang lebih membanggakan, enam orang dari jumlah keseluruhan 8 wakil Bawah-12 bagi Daerah Petaling Perdana MSSD adalah pemain-pemain catur SKBJ. Salah seorang dari enam orang wakil daerah tersebut, akhirnya berjaya mewakili Negeri Selangor dan berjaya menggondol pingat emas catur berpasukan Bawah-12 Perempuan di Kejohanan Catur MSSM.

Semoga SKBJ akan bersama-sama SK Jenjarom dalam mengharumkan nama di persada sukan catur negara.


SK Jenjarum lahirkan pemain catur antarabangsa

Buat tahun ketiga berturut-turut, Sekolah Kebangsaan Jenjarom sekali lagi berjaya melahirkan pemain catur yang berjaya menakluki arena berkenaan di peringkat kebangsaan dan seterusnya terpilih mewakili negara ke kejohanan besar di persada antarabangsa.

Sebelum ini, dua pelajar sekolah tersebut, Muhd Syakir Shazmeer Azhar dan Puteri Rifqah Fahada Azhar berjaya mewakili negara ke Kejohanan Catur Remaja Dunia 2007 di Turki dan 2008 di Vietnam.

Kini giliran Muhd Irfan Haqqim Azhar, pelajar tahun 6 Tanjung SK Jenjarum pula akan mewakili negara ke kejohanan besar menyambung kejayaan dua pelajar itu yang juga merupakan abang dan adiknya sebelum ini yang berjaya hingga ke peringkat dunia.

Muhd Irfan Haqqimakan menyertai Kejohanan Catur Asean Primary School Sports Olympiad di Jakarta, Indonesia bersama Skuad Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada 3 hingga 9 November ini.

Sebaik tamat kejohanan tersebut, beliau akan terus berangkat ke Kejohanan Catur Remaja Dunia di Antalya, Turki bersama skuad Remaja Negara pada 9 hingga 25 November ini dan akan menyertai kategori bawah 12 tahun dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.

Muhd Irfan Haqqim adalah Johan MSS Selangor Bawah 12 Tahun 2009 dan Naib Johan MSS Malaysia 2009, pernah menyertai

Asean Masterskill Chess Championship 2007 di Shah Alam, Singapore-Malaysia Chess Challenge 2007 di Singapura dan Kejohanan Catur Remaja Asean di Vietnam pada 2008 .

Guru Penasihat Kelab Catur SK Jenjarom, Abd Rahim Ismail berkata, kejayaan ketiga-tiga beradik ini akan menyuntik semangat pelajar yang lain untuk turut mengikuti jejak langkah mereka berjaya ke peringkat antarabangsa.

“Muhd Irfan akan menyambung terus penerbangan ke Turki melalui Singapura sebaik saja skuad MSSM tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2 petang 9 November ini.

“Kita harapkan semoga Muhd Irfan dapat menangani masalah kepenatan akibat perjalanan panjang dengan jayanya dan tidak merencatkan persembahannya di Turki nanti,” katanya.

Abd Rahim berkata, cabaran dan persaingan sengit sudah pasti akan dilaluinya khasnya di Turki yang akan menemukannya dengan pemain pemain handalan dari seluruh dunia khasnya dari Amerika Syarikat, India, China, Rusia, negara-negara Eropah dan negara bekas jajahan Soviet Union (Rusia) dan lain-lain.

Sementara itu, Guru Besar SK Jenjarom, Zainal Ulum Ahmad Kasah berkata, pihaknya berharap agar pemain pelapis yang ada dapat meneruskan kecemerlangan seperti ini.

“Kita harap pemain-pemain pelapis yang kita ada dapat membantu pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Langat khasnya dan pasukan MSS Selangor amnya untuk edisi edisi peringkat kebangsaan pada tahun-tahun yang mendatang.

“Ia sebagai bagi meneruskan tradisi dan kesinambungan dari kejayaan yang telah sedia ada iaitu menjadikan SK Jenjarom sebuah sekolah yang berwatak dan dikenali, baik dalam bidang kokurikulum mahupun akademik,” katanya.


Tuesday, June 16, 2009

SKBJ Chess Players Were the OLE OLE Winners


Several SKBJ students had participated in the recent OLE OLE Chess Tournament held in Section 18 at the OLE OLE shopping complex. They are - Mohd Jamil sibblings, Arif and Afiq, Najib sibblings, Irfan Rendrawan, Ihsan Syahiran and future Year 1 SKBJian, Ilham Qayyum, Aminuddin sibblings - Nur Faqihah and Muhammad Faqih, and Saleh sibblings, Anis Fariha and Fahim Al-Faqeh.

Nur Faqihah (left), Year 3, vs Fahim Al-Faqih (black shirt), Year 1

Irfan Rendrawan and his younger brother, Ihsan Syahiran

Anis Fariha, Year 5

Arif Mohd Jamil (right), Year 5 againts Muhd Irfan Haqqim

The Under 12 Ole Ole winners champion, Ihsan Syahiran (Year 4)

The Under 12 Ole Ole winners 2nd place, Irfan Rendrawan (Year 6)

The Under 12 Ole Ole winners 3rd place, Anis Fariha (Year 5)

Congratulations to SKBJ chess players who won. To the others, keep practicing chess and participating in chess tournaments.


Do not be surprise starting next year SKBJ will be having the following young (Year 1 & Year 2) and strong chess boys team in the MSSD and MSSS tournaments. SKBJ shall and will maintain its prowess in chess many years to come. Insyaallah!

Monday, October 13, 2008

Pemain-pemain Catur SK Bukit Jelutong di Pertandingan Catur Kuala Langat


Seramai 10 orang pemain catur SKBJ telah menyertai Pertandingan Catur Kuala Langat yang diadakan pada Ahad, 12 Oktober 2008 di Dewan AIM Point Plaza, Bandar Sungai Emas Banting. Mereka adalah  :

1) Fikri Saleh (1402)
2) Aminur  Nirza Azrin (1201)
3) Muhd Mukri Dini Aziz
4) Aina Farzana Che Azemin (1056)
5) Muhd Irfan Rendrawan (1127)
6) Affan Amrish (1093)
7) Nur Faqihah Aminuddin (1072)
8) Muhd Ihsan Syahiran (1057)
9) Muhd Faqih Aminuddin (817)
10) Anis Fariha Saleh

Ke semua mereka menyertai kategori Bawah 12 Tahun. Kategori ini yang disertai oleh 83 orang pemain sangat kompetitif di mana ramai pemain-pemain junior negara turut serta.

Keputusan-keputusan mereka mengikut pusingan (round) adalah seperti berikut:

Round 1

3 Shreyes Subramaniam vs Nur Faqihah Aminudin (1-0)
4 Muhd Ihsan Syahiran vs Nur Najiha AH (0-1)
5 Fikri Saleh vs Aina Farzana Azemin (0-1)
11 Nurul Aqiella Hairuddin vs Muhd Faqih Aminudin (1-0) 
15 Nur Nabila vs Anis Fariha (0-1)
19 Aminur Nirza vs Fazlin Najwa (1-0)
30 Nesaraaj Manikam vs Muhd Mukri Dini Aziz (0-1)
36 Ryfah Lubis vs Muhd Irfan Rendrawan (0-1)
44 Arfan Amrish (bye)

nota: No sebelum nama adalah merujuk kepada nombor meja (board). Pemain sebelum vs bermain buah putih (white pieces).

Round 2

6 Muhd Mukri vs Subramaniam Sivanesan (0-1)
10 Muhd Irfan vs Nurul Aqiella Hairuddin (1-0)
16 Zulfarhan Rafiee vs Affan (1-0)
17 Nur Huda Yasmin vs Aminur  (0-1)
21 Anis Fariha vs Harith Abd Rahman (1-0)
23 Saiful Amirul Syafik vs Fikri Saleh (0-1)
30 Nur Faqihah vs Mathiroopi (1-0)
31 Lim Rui Kang vs Muhd Ihsan (1/2-1/2)


Round 3

5 Aminur Nirza vs Puteri Munajjah Azhar (1-0)
9 Muhd Fikri Farizal vs Muhd Irfan Rendrawan (1-0)
10 Muhd Nuriman Yahaya vs Anis Fariha (1-0)
13 Affan Amrish vs Fairuz Hamizah A Fuad (0-1)
14 Fikri Saleh vs Nur Huda Yasmin (1-0)
16 Nur Nabila vs Nur Faqihah  (0-1)
17 Harith Abd Rahman vs Aina Farzana (1-0)
20 Shivesh Manohkaran vs Muhd Faqih (1-0)
22 Ali Ikram vs Muhd Mukri Dini  (0-1)
33 Muhd Ihsan vs Saiful Amirul Syafik (1-0)


Round 4

3 Nur Najiha AH vs Aminur Nirza (0-1)
8 Thasvindran Surendren vs Fikri Saleh (0-1)
9 Puteri Munajjah vs Muhd Mukri Dini (1-0)
12 Mirnash Chandran vs Muhd Irfan (1-0)
15 Nur Faqihah vs Fatimah Azzahra (1-0)
19 Nur Hazimah Sudiro vs Anis Fariha (0-1)
21 Muhd Suhaidi Yaakob vs Muhd Ihsan (0-1)
29 Affan Amrish vs Kartigayan Ramachan (1-0)
31 Aina Farzana vs Nesaraaj Manikam (1-0)
35 Muhd Faqih vs Samsul Amri Jumian (0-1)


Round 5

5 Fikri Saleh vs Qistina Johari (1-0)
6 Aminur Nirza vs Siti Raihana (1-0)
10 Nur Faqihah vs Mohd Fikri Farizal (0-1)
12 Anis Fariha vs Farah Amirah Farizal (0-1)
13 Muhd Ihsan vs Zulfarhan Rafiee (1-0)
19 Harith Abd Rahman vs Affan Amrish (0-1)
23 Muhd Mukri Dini vs Aina Farzana (0-1)
27 Muhd Irfan vs Shamsul Amri Jumian (1-0)
36 Mathiroopini vs Muhd Faqih (0-1)


Round 6

3 Mohd Noor Azam vs Fikri Saleh (0-1)
5 Subramaniam Sivanesan vs Aminur Nirza (1-0)
9 Muhd Ihsan Syahiran vs Muhd Nuriman Yahaya (0-1)
11 Muhd Irfan Rendrawan vs Siti Raihana (1-0)
13 Affan Amrish vs Fatimah Azzahra (0-1)
14 Anis Fariha vs Qistina Johari (0-1)
18 Aina Farzana vs Shivesh Manohkaran (0-1)
25 Muhd Mukri Dini vs Adib Najmi Yusuf (1-0)
33 Muhd Faqih vs Kugahnathan Sandarum (0-1)


Round 7

1 Fikri Saleh vs Shreyes Subramaniam (0-1)
8 Aminur Nirza vs Lyana Aqilah Alip (0-1)
12 Nur Faqihah vs Farah Amirah Farizal (0-1)
13 Fatimah Azzahra vs Muhd Irfan Rendrawan (0-1)
17 Muhd Ridzuan Farizudin vs Muhd Ihsan Syahiran (0-1)
18 Siti Raihana vs Affan Amrish (1-0)
21 Muhd Hazim Musa vs Muhd Mukri Dini Aziz (0-1)
22 Muhd Nazif Hairuzami vs Aina Farzana (0-1)
24 Muhd Haziq Ahnaf vs Anis Fariha (1-0)
32 Nesaraaj Manikam vs Muhd Faqih (0-1)


Fikri dan Muhd Irfan mendapat 5 mata. Fikri telah terlepas peluang untuk mendapat tempat ke 3 setelah tewas kepada juara kategori Bawah 12 Tahun di pusingan terakhir. Di pusingan pertama, beliau telah tewas kepada rakan sepasukan iaitu Aina Farzana. Walaupun mereka berdua mendapat 5 mata, tetapi masih tidak cukup untuk berjaya mendapat tempat sepuluh pemain terbaik.

Adik Irfan, Muhd Ihsan berjaya memenangi pusingan terakhir untuk mengumpul 4 1/2 mata. Empat pemain catur SKBJ yang lain telah berjaya mendapat 4 mata iaitu  Nur Faqihah, Aminur, Muhd Mukri dan Aina Farzana. Aminur, walaupun berjaya memenangi tiga pusingan pertama berturut-turut termasuk ke atas Puteri Munajjah, tetapi gagal meneruskan momentum setelah tewas kepada Nur Najiha di pusingan ke empat.

Sementara itu Affan, Anis Fariha dan Muhd Faqih, pelajar pra-sekolah SKBJ, berjaya mendapat 3 kemenangan. Pertandingan catur yang kompetitif sebegini sangat bagus kepada pemain-pemain catur SKBJ untuk mengungguli sirkit catur tempatan di masa akan datang terutamanya Pertandingan Catur Peringkat Umur Kebangsaan pada tahun hadapan.

Enam dari mereka berjaya meningkatkan rating di pertandingan ini terutamanya Irfan dan Faqihah. TERUSKAN USAHA INI DENGAN BERMAIN CEMERLANG DI PERTANDINGAN-PERTANDINGAN AKAN DATANG!