Showing posts with label fahim al-faqeh saleh. Show all posts
Showing posts with label fahim al-faqeh saleh. Show all posts

Saturday, August 7, 2010

Pemain Catur SKBJ di Kejohanan Catur Perak GP Teluk Intan


Sewaktu mengikuti keluarga pulang ke kampung pada hujung minggu 24 & 25 Julai lalu, dua orang adik beradik murid SK Bukit Jelutong telah menyertai Kejohanan Catur GP Perak di Teluk Intan. Fahim Al-Faqeh dari kelas 2 Nyatoh dan kakaknya, Anis Fariha, dari 6 Chengal bersama 56 orang peserta lain telah memeriahkan kejohanan catur yang jarang-jarang diadakan di Bandar Teluk Intan yang terkenal dengan menara condongnya.


Fahim berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Bawah 12 Tahun Lelaki.



Anis Fariha bukan sahaja bertemu lawan yang sebaya usia, tetapi juga peserta-peserta dewasa.



Anis dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Bawah 16 Tahun Perempuan.


Fahim dan Anis bergambar bersama sebahagian pemenang-pemenang.

Friday, August 6, 2010

Pelbagai Gaya & Bukaan Permainan Pemain2 Catur SKBJ


Berikut adalah beberapa gaya permainan dan bukaan peserta Kejohanan Catur Tertutup SK Bukit Jelutong baru-baru ini.


King dan Queen sudah diaktifkan di awal-awal permainan.



Kombinasi Queen dan Bishop untuk checkmate awal, tetapi rasanya tersilap petak (square).



Membuat kubu di hadapan King



Konsep "put king into safety" dengan kaedah castling mungkin masih baru dan belum difahami. Murid-murid SKBJ perlukan pendedahan kepada basic concepts of playing chess and chess openings.


Konsep "exchange pieces" masih asing pada kebanyakan mereka. Diharapkan ibubapa mereka dapat mengajar basic chess concepts dan moves kepada mereka. Belikan buku-buku catur, hantar ke chess class atau camps, carikan chess trainers atau tutors dan bawa mereka ke pertandingan-pertandingan catur.

Kelihatan di wajah mereka minat yang mendalam terhadap chess. Keinginan mereka untuk menang atau mengalahkan rakan-rakan mereka di atas papan catur. Justeru itu, supportlah anak-anak tersebut sehingga berjaya menjadi seorang pemain catur yang handal dan berkaliber.

Tuesday, August 3, 2010

Kejohanan Catur Tetutup SKBJ 2010


Kelab Catur SK Bukit Jelutong (SKBJ) telah mengadakan satu kejohanan catur tertutup pada Sabtu, 31 Julai 2010, lepas. Semua murid-murid SKBJ termasuk pra sekolah kecuali Tahun 6 telah dijemput untuk menyertai kejohanan tersebut yang juga merupakan satu kriteria dalam pemilihan wakil sekolah ke kejohanan catur peringkat daerah (MSSD). Kejohanan telah dipecahkan kepada dua kategori - Tahap 1 (Tahun 3 ke bawah) dan Tahap 2 (Tahun 4 & 5).

Seramai 82 peserta telah menyertai kejohanan yang menggunakan format 7 pusingan G/25 (25 minit kawalan masa) sistem SWISS. Pertandingan telah diadakan di kelas 6 ARA, di tingkat 1.


Final Ranking - Tahap 1

Menepati ramalan, pelajar Tahun 1 ARA, Mohd Faqih Aminuddin telah berjaya menjuarai kategori Tahap 1. Faqih yang mewakili negara di Kejohanan Catur AEAN+ Age Group di Subic, Phillipines beberapa bulan lalu ternyata berada di kelasnya tersendiri setelah berjaya menang kesemua 7 pusingan termasuk menewaskan Fahim Al-Faqeh, murid Tahun 2 NYATOH, di pusingan keempat. Dengan 6 kemenangan, 1 kekalahan, Fahim berjaya menjadi Naib Juara setelah berada 1/2 mata di hadapan pemenang ketiga, Mohd Ilham Qayyum yang mendapat 5.5/7 mata.


Gambar atas, Faqih (t-shirt hijau) melawan Cody Ng di pusingan akhir, sementara disebelahnya Fahim bertemu dengan pemain cilik, Nur Faiqah Aminuddin yang berjaya mendapat 5/7 mata dan ranking keempat.


Final Ranking - Tahap 2

Afiq Mohd Jamil, murid Tahun 4 JATI, berjaya menjuarai kategori Tahap 2 Kejohanan Catur Tertutup SKBJ walaupun berkongsi 6/7 mata bersama pemain pilihan, Mohd Ihsan Syahiran, dan pemain utama pasukan catur SKBJ perempuan, Nur Faqihah Aminuddin.


Mohd Ihsan (t-shirt hitam) melawan Afiq Mohd Jamil


Tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Kepada yang lain, DO NOT GIVE UP! Keep practising and learning, show that you are also a good chess player in next tournament. Diharap kesemua peserta akan terus berlatih dan belajar untuk menjadi seorang pemain catur yang baik dan kuat. Untuk menjadi seorang pemain catur yang berjaya seperti mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara, seseorang perlu rajin berlatih, sertai chess camps, dan kerap menyertai kejohanan-kejohanan catur.

Pada tahun 2010, empat orang pemain catur SKBJ telah berjaya mewakili daerah di kejohanan peringkat negeri di Sungai Besar, Sabak Bernam. [Klik di sini untuk cerita lanjut] Seorang darinya, telah berjaya mewakili Negeri Selangor di Kejohanan Catur MSSM dan berjaya mendapat pingat PERAK. Tahun 2009 di Sepang, enam orang pemain dari ke semua lapan pemain Bawah 12 Daerah Petaling Perdana adalah dari SKBJ. [Cerita lanjut, klik di sini dan sini] TERUSKAN KEHEBATAN SKBJ DALAM SUKAN CATUR.

SKBJ HEBAT!!

Tuesday, March 23, 2010

Faqih Julang SKBJ di Kejohanan Catur NAG 2010


Seorang murid Tahun 1 SKBJ, Muhd Faqih Aminuddin, telah berjaya menjulang nama sekolah setelah berjaya mendapat tempat keempat di Kejohanan Catur National Age Group atau ringkasnya NAG yang diadakan baru-baru ini di Pulau Pinang.

Muhd Faqih yang menyertai kategori Bawah 8 Tahun Lelaki bersama dua orang lagi murid SKBJ, Fahim Al-Faqeh dan Muhd Ilham Qayyum Muhd Najib, telah berjaya memungut 5/8 mata dengan 5 kemenangan dan 3 kekalahan. Dengan kejayaan menempatkan diri di kalangan Top Four, Faqih berpeluang untuk mewakili negara dalam kejohanan atau pertandingan antarabangsa. Syabas dan tahniah kepada beliau. Semoga ini menjadi satu suntikan dan semangat kepada murid-murid SKBJ yang lain untuk berjaya dalam sebarang aktiviti sukan dan ko-kurikulum.


Sementara Ilham yang juga merupakan rakan sekelas Faqih berjaya mendapat 4 mata dan menduduki tangga ke 12 setelah seri di pusingan terakhir ketika bertemu dengan rakan SKBJ, Fahim Al-Faqeh. Fahim pula berjaya mendapat 3.5 mata dan menduduki tangga ke 13.

Dijangkakan Faqih, Ilham dan Fahim akan mewakili SKBJ ke pertandingan MSS Daerah Petaling Perdana awal April nanti. Mereka merupakan pemain pelapis SKBJ untuk meneruskan "SKBJ HEBAT CATUR". Semoga mereka bertiga mengharumkan nama SKBJ di peringkat negeri dan negara. Diharap juga murid-murid SKBJ yang lain tampil kehadapan untuk mengharumkan nama SKBJ yang dicintai.


Muhd Faqih Aminuddin menerima medal dan sijil dari Tuan Haji Yahaya Ahmad.


Tuesday, January 5, 2010

SESI PERSEKOLAHAN 2010 BERMULA

Statistik Jumlah Murid Tahun 1 SKBJ bagi sesi 2010


Semalam, Isnin 4hb Januari telah bermula sesi persekolahan di SK Bukit Jelutong. Kawasan sekitar sekolah penuh sesak dengan kereta-kereta ibubapa yang menunggu pelajar sesi pagi dan menghantar pelajar sesi petang termasuk murid-murid Tahun 1 yang memulakan alam persekolahan mereka.

Seramai lebih 400 orang murid Tahun 1 akan memulakan sesi persekolahan di Tahun 2010 di SKBJ. Mereka ditempatkan di 10 buah kelas seperti di atas. Mereka inilah yang bakal akan menjadi pemimpin generasi mereka di masa akan datang.

Justeru itu, mereka akan dididik sebaik mungkin oleh semua para guru SKBJ yang berdedikasi. Diharap para ibubapa juga sama-sama membantu dengan memainkan peranan masing-masing membangunkan anak-anak kecil ini sebagai modal insan yang terbaik dan cemerlang.

Kelab Catur SKBJ mengalu-alukan kepada semua yang berminat dalam sukan catur. Puan Guru Besar, Hajjah Normah, telah mensasarkan SKBJ sebagai sebuah sekolah cemerlang catur memandangkan kemampuan dan kecemerlangan ia selama ini. Tahun 2009 membuktikan kenyataan ini dengan enam pelajar mereka adalah di antara lapan wakil peringkat Daerah Petaling Perdana ke Kejohanan Catur MSS Negeri Selangor yang berlansung di Sepang. Pelajar SKBJ telah dinobatkan sebagai Johan atau Juara bagi setiap kategori Kejohanan Catur Sekolah Rendah - Individu Lelaki, Individu Perempuan, Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Perempuan. Seterusnya, di peringkat kebangsaan salah seorang pemain catur SKBJ telah berjaya menggondol pingat emas bagi kategori Berpasukan Bawah 12 Perempuan.


Klik di sini dan sini untuk info lanjut.



Para pelajar dan juga ibubapa tidak sabar-sabar ingin memulakan sesi persekolahan Tahun 2010.


Kelas 2 Nyatoh


SELAMAT BELAJAR KEPADA SEMUA PELAJAR SKBJ. SEMOGA TAHUN 2010 DIPENUHI DENGAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN.