Showing posts with label anis fariha. Show all posts
Showing posts with label anis fariha. Show all posts

Saturday, August 7, 2010

Pemain Catur SKBJ di Kejohanan Catur Perak GP Teluk Intan


Sewaktu mengikuti keluarga pulang ke kampung pada hujung minggu 24 & 25 Julai lalu, dua orang adik beradik murid SK Bukit Jelutong telah menyertai Kejohanan Catur GP Perak di Teluk Intan. Fahim Al-Faqeh dari kelas 2 Nyatoh dan kakaknya, Anis Fariha, dari 6 Chengal bersama 56 orang peserta lain telah memeriahkan kejohanan catur yang jarang-jarang diadakan di Bandar Teluk Intan yang terkenal dengan menara condongnya.


Fahim berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Bawah 12 Tahun Lelaki.



Anis Fariha bukan sahaja bertemu lawan yang sebaya usia, tetapi juga peserta-peserta dewasa.



Anis dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Bawah 16 Tahun Perempuan.


Fahim dan Anis bergambar bersama sebahagian pemenang-pemenang.

Thursday, January 28, 2010

Pemain Catur SKBJ Sertai Jeram Chess Open







Seramai 5 orang pelajar SKBJ telah menyertai pertandingan catur terbuka Jeram yang baru-baru ini diadakan di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram. Mereka adalah sebahagian daripada 73 peserta bagi kategori Bawah 12 tahun. Pertandingan tersebut adalah bertaraf national-rated.

Berikut adalah keputusan permainan mereka.

1) Anis Fariha Saleh

Telah berjaya mendapat 5.5 mata dari 7 mata penuh. Dengan mata tersebut Anis berjaya mendapat tempat kelima. Dari segi rating, Anis berjaya mendapat TPR (Tournament Performance Rating) 1321. National rating terkini Anis adalah 1301.

2) Nur Faqihah Aminuddin - 4/7 mata, tempat ke 22

3) Muhd Faqih Aminuddin - 3/7 mata, tempat ke 40

Faqih, murid kelas 1 ARA, telah berjaya memperolehi TPR (1149) yang lebih baik dari national rating (953) beliau.


4) Anis Nabila Ahmad Zuhdi - 3/7 mata, tempat ke 45

Penyertaan julung kali bagi Anis Nabila dalam pertandingan catur. Satu permulaan yang bagus. Diharap lebih banyak menyertai pertandingan2 catur. Perlu banyak berlatih dan buat chess puzzle.


5) Fahim Al-Faqeh Saleh - 2.5/7 mata, tempat ke 56