Tuesday, March 23, 2010

Faqih Julang SKBJ di Kejohanan Catur NAG 2010


Seorang murid Tahun 1 SKBJ, Muhd Faqih Aminuddin, telah berjaya menjulang nama sekolah setelah berjaya mendapat tempat keempat di Kejohanan Catur National Age Group atau ringkasnya NAG yang diadakan baru-baru ini di Pulau Pinang.

Muhd Faqih yang menyertai kategori Bawah 8 Tahun Lelaki bersama dua orang lagi murid SKBJ, Fahim Al-Faqeh dan Muhd Ilham Qayyum Muhd Najib, telah berjaya memungut 5/8 mata dengan 5 kemenangan dan 3 kekalahan. Dengan kejayaan menempatkan diri di kalangan Top Four, Faqih berpeluang untuk mewakili negara dalam kejohanan atau pertandingan antarabangsa. Syabas dan tahniah kepada beliau. Semoga ini menjadi satu suntikan dan semangat kepada murid-murid SKBJ yang lain untuk berjaya dalam sebarang aktiviti sukan dan ko-kurikulum.


Sementara Ilham yang juga merupakan rakan sekelas Faqih berjaya mendapat 4 mata dan menduduki tangga ke 12 setelah seri di pusingan terakhir ketika bertemu dengan rakan SKBJ, Fahim Al-Faqeh. Fahim pula berjaya mendapat 3.5 mata dan menduduki tangga ke 13.

Dijangkakan Faqih, Ilham dan Fahim akan mewakili SKBJ ke pertandingan MSS Daerah Petaling Perdana awal April nanti. Mereka merupakan pemain pelapis SKBJ untuk meneruskan "SKBJ HEBAT CATUR". Semoga mereka bertiga mengharumkan nama SKBJ di peringkat negeri dan negara. Diharap juga murid-murid SKBJ yang lain tampil kehadapan untuk mengharumkan nama SKBJ yang dicintai.


Muhd Faqih Aminuddin menerima medal dan sijil dari Tuan Haji Yahaya Ahmad.