Sunday, September 28, 2008

Chess Tournaments After Raya


Berikut adalah senarai pertandingan catur selepas Hari Raya Aidil Fitri :

1)  12 Okt 2008, Ahad - Kuala Langat Chess Open (nationally-rated) : 7 pusingan, 25 minit

2) 19 Okt 2008, Ahad - Pearl Point Chess Open @ Jalan Kelang Lama : 7 pusingan, 25 minit

3)  25 - 26 Okt, Sabtu - Ahad - 2nd UPSI Open @Tg Malim (nationally-rated) : 7 pusingan, 45 minit

4) 31 Okt - 3 Nov, Jumaat - Isnin - Sarawak Open Chess Championship (FIDE-rated): 9 pusingan, 90 minit 

5) 2 Nov, Ahad - 14th Kepong Juniors Open @SKJC Kepong (nationally-rated) : 6 pusingan, 30 minit

6) 9 Nov, Ahad - 2nd KEC (Klang Executive Club) Chess Open : 7 pusingan

7) 16 Nov, Ahad - UIA Chess Open : 7 pusingan, 25 minit

8) 16 Nov, Ahad - Royal Selangor Club (RSC) Chess Festival : 8 pusingan, 25 minit


Wow! Amazingly for six (6) consecutive weekends, chess enthusiasts will be thrilled.

Mari PK PK - Episod 1


1.e4 c5 2.c4 d6 3.Nc3 Nf6 4.Nf3 Nc6 5.Be2 e6 6.0-0 Be7 7.d4 cxd4 8.Nxd4 Bd7

9.Nxc6 Bxc6 10.Bf3 Qc7 11.g3 a6 12.Bf4 e5 13.Be3 Bd7 14.Nd5 Qxc4 15.Nb6 Qc6

16.Nxa8 Bd8 17.Rc1 Qb5 18.Qxd6 Bh3 19.       ... white to move


Dalam permainan di atas, pemain White berada dalam posisi untuk menang tetapi malangnya dalam permainan tersebut pada pertandingan 10th CAS First Quarter Allegro (24/02/2008), pemain Black pula yang telah menang. Anda boleh bantu pemain White untuk menang permainan ini di mana 'checkmate' boleh dilakukan kurang dari 10 'move'. PK PK kan apakah 'move' anda supaya White menang ... sila berikan jawapan anda dalam ruangan 'comments'.

Thursday, September 25, 2008

Pertandingan Catur Tahun 6 - 24 September 2008



Sebagai salah satu program pengisian masa untuk murid-murid Tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR, guru catur SKBJ Cg Rosimah Mohamad telah mengadakan satu Pertandingan Catur untuk Tahun 6 di kelas 6 Keranji. Pertandingan enam pusingan  tersebut telah disertai hampir 40 pelajar.

Mengikut keputusan tidak rasmi, Fikri Saleh dari kelas 6 Dedali telah berjaya memenangi pertandingan dengan memenangi ke semua enam pusingan. Sementara Adam Mohd Jamil dari kelas 6 Meranti pula hanya tewas satu pusingan untuk menjadi Naib Johan dengan 5 kemenangan.

Keputusan rasmi :

Juara - Fikri Bin Saleh (6D)

Naib Juara - Adam Mohd Jamil (6M)

Ketiga - Jane Wee Li Yen (6K)

Keempat - Farah Yasmin (6K)

Kelima - Ahmad Zarif (6K) 


Sunday, September 21, 2008

Kejohanan Catur Tertutup SKBJ - 20 September 2008




Satu kejohanan catur tertutup anjuran Kelab Catur SKBJ telah berjaya diadakan pada hari Sabtu, 20 September 2008. Seramai 70 orang murid-murid SKBJ telah menyertai kejohanan tersebut yang diadakan di kantin sekolah. Pertandingan ini dijalankan mengikut Sistem Swiss enam pusingan. Cikgu Salihin Ahmad dari Kelang telah dilantik menjadi arbiter.

Kejohanan ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid SKBJ yang sebahagian besarnya tidak pernah menyertai sebarang pertandingan catur. Selain itu ia juga menjadi satu platform untuk membentuk pemain pelapis bagi mewakili sekolah ke pertandingan catur peringkat daerah dan negeri.

TAHNIAH dan SYABAS kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya Cg Rosimah Mohamad yang bertungkus lumus untuk menjayakan kejohanan catur yang boleh meransang minda murid-murid SKBJ.