Showing posts with label bukit jelutong. Show all posts
Showing posts with label bukit jelutong. Show all posts

Saturday, February 7, 2009

Pemain Catur SKBJ di Pertandingan Catur Kelang



Pada hari ini satu pertandingan catur telah diadakan di Pusat Sumber Pendidikan Jais di Kampung Jawa, Kelang. Seramai 411 pemain catur menyertai pertandingan tersebut dalam 4 kategori - Terbuka, Bawah 18, Bawah 12 Terbuka, dan Bawah 12 Tahun PAID. Hampir 100 orang pemain catur yang berumur di bawah 12 tahun, ada yang dari Kedah dan Seremban, telah menyertai kategori Bawah 12 Tahun Terbuka.

Seramai 8 orang murid dan seorang pra-sekolah SKBJ telah menyertai kategori tersebut. mereka adalah Aminur Nirza, Muhd Irfan Rendrawan, Muhd Ihsan Syahiran, Ariff, Afiq, Nur Faqihah, Anis Fariha, Aina Farzana dan Muhd Faqih.

Sebanyak 7 pusingan telah dijalankan dengan masa kawalan selama 20 minit bagi setiap pemain.

Sayangnya tiada seorang pemain SKBJ yang berjaya menggondol hadiah. Namun begitu sebahagian dari mereka telah meningkat Tournament Performance Rating (TPR) di dalam pertandingan bertaraf national-rated tersebut.

Yang paling meningkat adalah Anis Fariha yang mendapat +3.54 (TPR - 1385, rat-905), diikuti oleh Aminur Nirza dengan mendapat +0.96 (TPR - 1452, rat-1263). Selain itu Nur Faqihah juga ada peningkatan iaitu sebanyak +0.50 (TPR - 1305, rat - 1111). Kepada yang berjaya memperbaiki rating, syabas dan teruskan usaha. Kepada yang lain diharap lebih gigih berlatih, belajar dan konsisten menyertai pertandingan-pertandingan catur. Insya Allah, pemain-pemain catur SKBJ akan lebih berjaya di pertandingan-pertandingan akan datang.






Monday, February 2, 2009

Pemain-pemain Catur SKBJ di Kejohanan CNY 2009

Anis Fariha dan Nur Faqihah

Muhd Ihsan Syahiran

Muhd Irfan Rendrawan

Empat orang pemain catur SKBJ yang bakal mewakili sekolah di Pertandingan Catur MSS Daerah Petaling Perdana tahun ini telah menyertai Kejohanan Catur CNY 2009 yang diadakan di Pusat Latihan Braille, Jalan Gombak baru-baru ini. Kejohanan tersebut diadakan selama dua hari dan 7 pusingan. Masa permainan adalah 45 minit dan rekod pergerakan adalah wajib. Mereka adalah Muhd Irfan Rendrawan dan adiknya Muhd Ihsan Syahiran yang akan mewakili pasukan lelaki, Anis Fariha dan Nur Faqihah yang akan mewakili pasukan perempuan.

Di dalam kejohanan tersebut, mereka perlu berlawan dengan orang dewasa selain dengan rakan-rakan sebaya atau yang lebih muda. Mereka perlu konsisten menyertai pertandingan-pertandingan catur demi kebaikan mereka.

Keep it up SKBJ boys and girls!!

Sunday, September 28, 2008

Chess Tournaments After Raya


Berikut adalah senarai pertandingan catur selepas Hari Raya Aidil Fitri :

1)  12 Okt 2008, Ahad - Kuala Langat Chess Open (nationally-rated) : 7 pusingan, 25 minit

2) 19 Okt 2008, Ahad - Pearl Point Chess Open @ Jalan Kelang Lama : 7 pusingan, 25 minit

3)  25 - 26 Okt, Sabtu - Ahad - 2nd UPSI Open @Tg Malim (nationally-rated) : 7 pusingan, 45 minit

4) 31 Okt - 3 Nov, Jumaat - Isnin - Sarawak Open Chess Championship (FIDE-rated): 9 pusingan, 90 minit 

5) 2 Nov, Ahad - 14th Kepong Juniors Open @SKJC Kepong (nationally-rated) : 6 pusingan, 30 minit

6) 9 Nov, Ahad - 2nd KEC (Klang Executive Club) Chess Open : 7 pusingan

7) 16 Nov, Ahad - UIA Chess Open : 7 pusingan, 25 minit

8) 16 Nov, Ahad - Royal Selangor Club (RSC) Chess Festival : 8 pusingan, 25 minit


Wow! Amazingly for six (6) consecutive weekends, chess enthusiasts will be thrilled.

Sunday, June 29, 2008

Aminur Beats Fikri To Be Insofar Shah Alam Champion



On 29 Jun 2008, Shah Alam Insofar Chess Academy held a chess tournament at Teacher's Z Tuition Center, Bukit Jelutong. Aminur had an upset win over Fikri who many expected to be the champion. In chess, age and experience are not the main factors to determine the winning. 

Good for Aminur who has practiced hard and participated regularly in chess tournament. Fikri has to less focus on chess due to the UPSR exam he will sit this year (2008). So, anything can happen in chess. Anyone who learn and practice hard in chess will be successful and be champion.