Hari ini satu pertandingan catur telah di adakan di Dewan Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai, Shah Alam. Pertandingan ini adalah anjuran Biro Pendidikan Masjid tersebut bersama Biro IT Subang Permai dengan kerjasama Insofar Chess Academy.
Satu perkembangan yang menarik di mana gabungan masjid dan sukar catur dianggap jarang berlaku di negara ini. Pertandingan tersebut merupakan satu program pengisian waktu cuti sekolah yang amat bermanafaat di samping mempromosi sukan catur di kalangan penduduk Desa Subang Permai. Di harap lebih banyak program seumpama ini yang diadakan. Ia juga satu kaedah untuk menggalakkan generasi muda datang ke masjid dan peranan masjid dapat diperluaskan.
Masjid At-Taqwa yang indah di Subang Permai, Seksyen U6 Shah Alam.
Di antara laman-laman menarik berkenaan masjid di Malaysia.
Pengerusi Persatuan Penduduk Subang Permai, Tuan Haji Jaafar sedang menyampaikan ucapan. Di antara isi kandungan dan intipati ucapan beliau :
- zaman kanak-kanak dan remaja merupakan zaman paling gemilang dan perlu dimanafaatkan sebaik mungkin
- jadilah anak-anak soleh dan solehah
- jaga solat sewaktu cuti sekolah
Tuan Haji Safruddin menyampaikan hadiah kepada juara kategori Bawah 11 tahun, Aminur Nirza Azrin.
Tuan Haji Jaafar menyampaikan hadiah kepada juara kategori Bawah 15 tahun, Faris Aminuddin.
Tenaga pengajar Insofar Chess Academy, Cikgu Mat Zaki Yeop dan Cikgu Firdaus, mengadakan Simultaneous Chess dengan 10 orang peserta. Rekod "Simul Chess" teramai di negara ini dipegang oleh CM Collin Madhavan.
Kelas catur juga bakal diadakan di masjid tersebut yang akan dikendalikan oleh Insofar Chess Academy. Kepada anak-anak penduduk Desa Subang Permai yang berminat untuk menyertai bolehlah mendaftar. Sila ke
laman Insofar Chess Academy untuk mendaftar secara online.
TAHNIAH kepada semua yang telah menjayakan program tersebut terutamanya pasangan Cikgu Rosimah Mohd, Guru Penasihat Kelab Catur SKBJ, dan Encik Aminuddin yang tidak jemu-jemu mempromosi dan menggalakkan sukan catur. Semoga program seperti ini akan kerap diadakan di masa hadapan.