Showing posts with label pertandingan catur. Show all posts
Showing posts with label pertandingan catur. Show all posts

Tuesday, February 17, 2009

SKBJ Cemerlang di Hari Pertama

Empat pusingan telah selesai pada hari pertama Pertandingan Catur peringkat Daerah Petaling Perdana yang berlansung di dewan SK Seksyen 9, Shah Alam. Pemain-pemain catur SKBJ telah bermain dengan cemerlang. Empat pemain catur lelaki dan dua perempuan telah menang ke semua empat pusingan. Lima lagi pemain catur SKBJ yang lain telah berjaya menang 3 pusingan.  

Berikut adalah keputusan pasukan catur SKBJ:

SKBJ Lelaki A
  • Aminur Nirza - 4
  • M Iran Rendrawan - 4
  • Mohd Ishraf - 3
  • M Ihsan Syahiran - 4

SKBJ Lelaki B
  • Affan Amrish - 4
  • Farhan - 2
  • Zafran - 3
  • Afif Ishraf - 2

SKBJ Perempuan A
  • Anis Fariha - 4
  • Nur Faqihah - 4
  • Aina Farzana - 3
  • Alya Khairina - 3

SKBJ Perempuan B
  • Lyana Arissa - 3
  • Sabrina - 2.5
  • Intan Nur Shahida - 1.5
  • Anis Nabila - 1.5

Esok merupakan hari penentuan bagi pemain-pemain untuk mengetahui siapa yang bakal menjadi pemenang. Diharap pemain-pemain catur SKBJ akan terus bermain dengan cemerlang esok. 

Monday, February 16, 2009

Pertandingan Catur MSSD Petaling Perdana peringkat Sekolah Rendah



Pairing Pusingan Pertama - 12Lelaki

Pairing Pusingan Pertama - 12Perempuan

Pertandingan catur MSSD Petaling Perdana peringkat sekolah rendah sedang berlansung sekarang di SK Seksyen 9. Peserta-peserta dari pelbagai sekolah di bawah PPD Petaling Perdana akan bertarung untuk mendapatkan kemenangan bagi pasukan sekolah masing-masing dan untuk mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri di Sepang. Pemain-pemain catur SKBJ juga sebahagian daripada mereka. Pertandingan ini akan berlansung selama dua hari. 

Seramai 126 pelajar lelaki akan bersaing bagi kategori Bawah 12 Tahun Lelaki, sementara seramai 77 pelajar perempuan akan bertanding bagi kategori Bawah 12 Tahun Perempuan.






Wednesday, November 12, 2008

Pertandingan Catur Subang Permai

PERTANDINGAN CATUR SUBANG PERMAI

(HANYA KEPADA PENDUDUK2 SUBANG PERMAI DAN KAWASAN SEKITARNYA)

anjuran - Biro Pendidikan Masjid At-Taqwa & Biro IT Subang Permai

dengan kerjasama - Insofar Chess Academy

Tarikh   : 22 NOV 2008
Hari       : Sabtu
Tempat : Dewan Masjid At-Taqwa, Subang Permai

Kategori : 1) Bawah 15 tahun       2) Bawah 11 tahun

Yuran : RM 15.00

Jadual
0800 - 0830 : Pengesahan Pendaftaran

0845 - 0900 : Taklimat Pertandingan

0900 - 1700 : Pusingan 1 - Pusingan 7

1730 : Penyampaian Hadiah


Untuk pendaftaran, sila sms nama, alamat, no telefon, e-mel kepada Aminuddin (012 619 4924) / Kamaruzaman (013 390 6550) atau emel kepada shima.mohd@yahoo.com SEBELUM 20 NOV 2008.